Ducati DesertX Discovery 2025, sarat dengan aksesori untuk jelajah dunia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati DesertX Discovery 2025
Ducati DesertX Discovery 2025
Penggemar motosikal kembara mempunyai banyak pilihan sebagai contoh model dua kegunaan Ducati DesertX. 

Pengguna tempatan boleh memilikinya pada harga RM112,900. Varian lebih lasak DesertX Rally dilancar pada Oktober 2023 dan dengan usia baharu masih belum tiba di sini.

Ini pula varian terbaru iaitu DesertX Discovery yang lengkap dengan perkakasan untuk menjelajah dunia dan menempuh pelbagai rupa bumi.

DesertX Discovery dipasang pelbagai perkakasan perlindungan seperti bahagian tangan yang diperkukuh dan lebih besar dan pelindung enjin untuk melindungi pam air.
Ducati DesertX Discovery

 

Jeriji radiator dan pelindung takungan yang diperkukuh melindungi perkakasan penting lain semasa beraksi di laluan off-road.

Pendikit dengan pemanas menambah keselesaan pada suhu rendah manakala perisai angin lebih besar membantu dalam apa jua keadaan.

Percayalah, menunggang dengan perisai angin merupakan satu nikmat. 

Tongkat tengah memudahkan kerja pemandu dan pembonceng selain untuk penyelenggaraan rantai dan roda belakang.

 

Ducati DesertX Discovery

 

Tidak hanya perkakasan kasar, harta digital seperti navigasi Turn-by-turn boleh digunakan melalui aplikasi Ducati Link dan memandu arah melalui skrin depan.

Merentasi pelbagai rupa bumi, motosikal ini dilengkapi suspensi depan KYB boleh laras dengan jarak gerakan roda 230 milimeter (mm).

Penyerap hentak belakang juga dari KYB yang boleh dilaras dan jarak gerakan roda 220 mm.

Menggerakkan DesertX ialah enjin 937 cc Testastretta yang memilki 110 kuasa kuda (hp) pada 9,250 rpm dan daya kilas 92Nm pada 6,500 rpm.

 

Ducati DesertX Discovery

 

Tangki yang dibekalkan ialah 21 liter. Mod Tunggangan dibahagi kepada dua iaitu tiga untuk jalan biasa dan dua bagi meredah laluan off-road.

Sistem elektronik terdiri daripada Ducati Quick Shift (DQS), Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control, ABS Cornering, Ducati Traction Control (DTC) dan Kawalan Pandu.

Rim depan saiz 2.15 inci x 21 inci dipadan bersama tayar Pirelli Scorpion Rally STR 90/90 dan STR 150/70 untuk rim 4.5 inci x 18 inci di belakang.

 

Ducati DesertX Discovery 2025

 

Perkakasan brek depan terdiri daripada dua cakera 320 mm dengan angkup Brembo empat omboh dan cakera 265 mm bersama angkup Brembo dua omboh di belakang.

Tinggi pelana 875 mm dan sama seperti DesertX. Pelanggan juga boleh dapatkan pelana 845 mm (dengan kit ampaian rendah) 865 mm dan 890 mm.

Ducati DesertX Discovery ditawarkan pada harga 17,295 pound sterling (RM103,144) dan tiba di pengedar pada Julai 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 

Ducati DesertX Discovery