Ducati DesertX 2022 - enjin Testastretta 937 cc, 110 hp, 92 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Ducati Desert X Concept sebenarnya telah pun diperlihatkan secara rasmi oleh Ducati bersempena acara EICMA 2019, dan kini Ducati melancarkan model adventure terbaharu, DesertX 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan nadi Testastretta V-Twin 937 cc yang berupaya menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm dan daya kilas 92 Nm @ 6,500 rpm, dengan nisbah lima gear pertama dipendekkan untuk laluan off-road, namun nisbah gear keenam dipanjangkan untuk tunggangan jarak jauh yang lebih menyenangkan.

Sistem gantungan DesertX 2022 ini terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik KYB 46 mm dan penyerap hentak tunggal KYB di belakang, sementara sistem suspensi boleh laras sepenuhnya itu membenarkan jarak pergerakan sehingga 231 mm di depan dan 221 mm di belakang.
 

Desert X


Disebabkan itu juga, jarak kelegaan tanah DesertX 2022 mampu mencapai 249 mm, dengan ketinggian pelana pula sekitar 874 mm.

Ducati DesertX 2022 didatangkan dengan rim bersaiz 21 inci dan 18 inci, dengan balutan tayar Pirelli Scorpion Rally STR, sementara sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh berkembar Brembo M50 monobloc dan rotor 320 mm di depan, diikuti dengan angkup dua omboh dan rotor 265 mm di bahagian belakang.

Secara standard, Ducati DesertX 2022 dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 25 liter, namun terdapat opsyen untuk menambah tangki tambahan sebesar 9.55 liter yang mampu menambah jarak tunggangan sebelum pengisian semula dibuat.
 

DesertX


Untuk tunggangan jarak jauh, terdapat opsyen penambahan pannier dan top box yang menawarkan storan sebesar 117 liter.

Aspek tunggangan dibantu dengan ciri elektronik seperti cornering ABS, kawalan cengkaman, kawalan anti wheelie, kawalan brek enjin, quickshifter, mod tunggangan (Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro, Rally), serta mod kuasa (Full, High, Medium, Low).

Harga jualan Ducati DesertX 2022 bermula dari $16,795 (RM70,749).

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Desert X dikuasakan enjin Testastretta V-Twin 937 cc yang berupaya menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm…