Ducati catat aliran tunai positif untuk tahun pandemik 2020

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun tahun 2020 memberikan cabaran yang besar kepada kebanyakan pengeluar automotif, Ducati telah berjaya mencatatkan angka jualan sebanyak 48,042 unit untuk tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika dibandingkan dengan prestasi tahun sebelumnya (2019), Ducati mencatatkan penurunan jualan sebanyak 9.7 peratus daripada 53,183 unit.

Selain daripada itu, Ducati menutup tirai tahun 2020 dengan pendapatan mencecah €676 million (RM3.3 billion) dengan keuntungan operasi sebanyak €24 juta (RM117 juta).

Peningkatan jualan juga boleh disaksikan di pasaran seperti China (26 peratus), diikuti Switzerland (11.1 peratus) dan Jerman (6.7 peratus), sementara Itali pula kekal menjadi pasaran utama Ducati diikuti Amerika Syarikat.

 


Ducati juga mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak €14,883 (RM72,779) untuk setiap model yang dijual (berbanding €13,500 pada tahun 2019), sekaligus menjadikannya angka tertinggi yang pernah dicapai di dalam sejarah Ducati.

Ia mencerminkan keberkesanan strategi Ducati dalam usaha untuk memperkembangkan rangkaian produk ke arah pasaran yang lebih tinggi dan premium.

Sehingga kini, Ducati memiliki 738 rangkaian pengedar di lebih 90 buah negara di seluruh dunia, dan antara model yang bakal menggegarkan tahun 2021 termasuklah Scrambler Desert Sled Fasthouse, Monster, Multistrada V4, SuperSport 950 dan Scrambler Nightshift.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…