Ducati capai angka perolehan EUR1 billion pertamanya dalam sejarah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
2022 telah menjadi tahun yang bermakna buat Ducati dimana syarikat Itali itu bukan sahaja mencatat peningkatan angka jualan, malahan berjaya mencipta sejarah untuk memenangi kejohanan MotoGP dan WorldSBK pada musim yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, Ducati berjaya mencapai angka perolehan sebanyak EUR1 billion (EUR1,089 juta), catat peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tahun 2021 iaitu EUR878 juta.

Pencapaian pertama kali itu dibantu oleh barisan model Ducati yang menawarkan pelbagai kelas motosikal untuk pelbagai pilihan, sekaligus mencatatkan angka jualan yang semakin meningkat setiap tahun.

 

2

 

Keuntungan operasi Ducati juga mencapai angka EUR109 juta, dimana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 77 peratus berbanding tahun 2021 iaitu EUR61 juta, hasilnya tahap keuntungan mencapai margin dua digit sebanyak 10 peratus.

Pada tahun 2022 juga, Ducati berjaya mencapai angka jualan 61,562 unit secara global dengan 3.6 peratus peningkatan berbanding tahun 2021, dimana syarikat itu berjaya melepasi angka 60 ribu unit jualan secara global pertama kali dalam sejarah.

Sepanjang tahun 2022 juga, rangkaian jualan Ducati terus berkembang pesat di seluruh dunia, melalui 821 pengedar rasminya yang merupakan jumlah tertinggi bersama tambahan pasaran baharu dari Brunei, Ecuador, El Salvador dan Mongolia

 

3

 

Untuk tahun 2023, Ducati telah memperkenalkan lapan model baharu untuk meluaskan lagi rangkaian barisan jualannya bagi menawarkan pelbagai pilihan kepada semua Ducatisti seluruh dunia.

antara model yang dinantikan ialah motosikal kembara berkuasa tinggi, Multistrada V4 Rally.

Diikuti model mereka yang memenangi "Most Beautiful Bike of the Show" pada acara EICMA iaitu Diavel V4, dan model Ducati Scrambler generasi kedua dengan peminatnya yang tersendiri.

 

4

 

Selain itu, bermula tahun 2023 hingga 2026, Ducati akan menjadi pembekal tunggal motosikal untuk Kejohanan Dunia FIM Enel MotoE™, yang bermula secara rasmi pada 13 Mei 2023 di Grand Prix Perancis.

Melalui projek itu, Ducati akan mengkaji secara menyeluruh teknologi untuk masa depan dunia permotoran, melabur dan bereksperimen untuk membina kepakaran agar bersedia apabila teknologi bateri sepatutnya membolehkan penghasilan motosikal elektrik yang menarik dengan berat, prestasi dan julat yang diminati.

 

5

 

Pada Disember 2022, Ducati membuka kilang baharunya iaitu “Finitura e Delibera Estetica” yang akan menjadi tuan rumah kepada fasa terakhir kitaran pengeluaran.

Bangunan baharu itu adalah hasil daripada pelaburan infrastruktur yang besar yang dibiayai sendiri sepenuhnya. Pelaburan dalam infrastruktur ibu pejabat juga akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…