Ducati berkuasa elektrik bakal menggegar jalanan - CEO Ducati

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selepas pengenalan beberapa buah motosikal elektrik seperti LiveWire daripada Harley Davidson, Ducati mungkin akan menjadi pengeluar motosikal seterusnya yang bakal hadir dengan produk EV tersendiri tidak lama lagi. 

Perkara ini disahkan oleh CEO Ducati itu sendiri, Claudio Domenicali menunjukkan komitmen Ducati dalam usaha untuk mengejar era kebangkitan EV yang semakin meluas pada ketika ini. 

Ducati pada ketika ini tidak mempunyai sebarang produk spesifik berkaitan motosikal elektrik, namun syarikat ini bukanlah asing dalam bidang ini kerana mereka pernah menghasilkan basikal elektrik hasil kerjasama dengan beberapa syarikat lain. 

Selain daripada itu, Ducati juga pernah melibatkan diri di dalam projek Milan Polytechnic School of Design untuk membangunkan sebuah konsep motosikal elektrik, Ducati Zero. 
 

Ducati Hypermotard dengan trenkuasa daripada Zero FX

Malah, CEO itu sendiri pernah dikesan menunggang sebuah Ducati Hypermotard yang telah menjalani penukaran trenkuasa kepada kuasa elektrik sepenuhnya daripada Zero FX. 

Sebelum ini pada tahun 2017, hasrat untuk menghasilkan motosikal dan skuter elektik Ducati pernah diluahkan oleh Pengarah Urusan Ducati Eropah Barat, Edouard Lotthe. 

Namun, Lotthe menyatakan tempoh paling awal model baharu itu bakal menjengah pasaran adalah pada tahun 2021. 

Dengan pengesahan terbaharu dibuat oleh CEO Ducati itu sendiri, besar kemungkinan kita bakal menyaksikan model pertama motosikal elektrik keluaran Ducati dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…