Ducati bakal perkenal teknologi radar untuk cegah kemalangan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Biasanya apabila disebut tentang Ducati, apa yang dibayangkan ialah ia adalah motosikal Itali dengan gayaan dan karakter tersendiri.

Selain itu Ducati juga adalah syarikat motosikal yang turut melabur di dalam teknologi dan juga inovasi keselamatan.

Sebagai contoh, Ducati adalah satu-satunya syarikat motosikal di dunia yang mempunyai sambungan dengan jaket Airbag D|air®.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dainese

Jaket jenama Dainese yang sekarang ini boleh didapati pada Ducati’s Multistrada 1260 D|air®, hanya memerlukan 45 saat untuk mengembang seterusnya melindungi badan penunggang dan pembonceng. 

Teknologi beg udara itu juga mampu membezakan di antara kemalangan merbahaya atau kemalangan kecil atau hanya jatuh biasa supaya ia tidak mengembang secara tiba-tiba.

Sekarang Ducati kembali lagi dengan teknologi keselamatan inovatif. Kali ini terasa seperti Volvo pula apabila ia melibatkan teknologi radar.

Ducati memperkenalkan satu payung teknologi yang dipanggil ARAS atau Advanced Rider Assistance Systems.

Sistem ini berfungsi melalui penggunaan sensor dan radar dalam mengelakkan kemalangan dan mampu memberi amaran awal kepada penunggang.

Teknologi ini dibangunkan pada tahun 2016 dengan kerjasama Jabatan Elektronik, Maklumat dan Kejuruteraan Bio Politecnico di Milano University.

 

Ducati

 

Kajian yang dibuat dijelmakan dalam projek pembangunan sistem amaran berasaskan radar belakang di mana ia berupaya mengenalpasti dan mengesan kenderaan dalam lingkungan titik buta dan juga kenderaan yang bergerak laju dari arah belakang.

Algoritma kawalan sistem yang dibangunkan oleh staf Ducati, penyelidik dan pelajar universiti ini telah dipatenkan pada Mei 2017.

Projek ini terus dimajukan di mana pada tahun 2017, Ducati telah memilih rakan teknologi bagi memastikan kesesuaian sistem untuk produksi massa.

Serentak dengan itu juga, Ducati telah melengkapkan pakej teknologi ini dengan meletakkan radar kedua di hadapan motosikal.

 

Ducati

 

Tujuannya adalah untuk fungsi adaptive cruise control di mana penunggang berupaya untuk menetapkan jarak dengan kenderaan hadapan dan memberi amaran jika terdapat risiko kemalangan.

Canggih bukan? Sudah seperti kenderaan Volvo.

Teknologi yang dibangunkan ini bukan sekadar untuk disimpan di dalam kertas kajian tetapi bakal dilengkapi pada salah satu model Ducati pada tahun 2020 nanti.

Pasti menarik dan ia bakal mengubah landskap motosikal dunia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…