Ducati bakal guna Panigale V4, ganti Panigale V-Twin pada saingan WSBK tahun hadapan?

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, Ducati telah mengumumkan bakal menggunakan jentera perlumbaan baharu bagi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bermula tahun hadapan.

Untuk makluman, tahun ini merupakan tahun terakhir Ducati menggunakan jentera Panigale R dengan enjin V-Twin.

Bermula tahun hadapan, jentera tersebut akan digantikan dengan Panigale R dengan enjin V4.

Memetik laporan Asphalt and Rubber, kedua-dua jentera itu (Panigale R V-Twin dan Panigale R V4) masih dikendalikan pelumba sedia ada iaitu Chaz Davies dan Marco Melandri.

Terdahulu, duo berpengalaman Ducati itu berjaya mencatatkan prestasi terbaik sepanjang tahun lalu dengan lapan kemenangan.

Tahun ini, pasangan berkenaan meletakkan harapan tinggi untuk menggondol tempat pertama dalam kejuaraan tersebut.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, bagi pemilik Ducati Supersport tahun buatan 2017 sehingga 2019, ia merupakan satu isu…
Berita Global
Enjin Testastretta DVT yang bersesaran baharu 1,262 cc itu mampu menghasilkan 158 kuasa kuda dan…
Berita Domestik
  Panigale V4  • Colour  o    Ducati Red with grey frame and black wheels  • Main standard…