Ducati 1299 Panigale R Final Edition - model terakhir

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ducati telah pun melancarkan varian terakhir dari model Ducati 1299 Panigale.

Dinamakan Ducati 1299 Panigale R Final Edition, ia berkongsi enjin dengan model Ducati 1299 Superleggera (kecuali sarung silinder aluminium dan blok acuan pasir). Kerana itu, ia menghasilkan 209 hp, hampir sama dengan Superleggeara.

Namun begitu, kelainan terbukti berbeza kerana Panigale Final Edition tidak mempunyai komponen-komponen eksotik seperti pada Superleggera.

Walaupun ia lebih berat dari Superleggera dan Panigale R, Panigale Final Edition ini masih lagi 500 gm lebih ringan dari Panigale S.

Ducati akan memberikan nombor casis khusus untuk setiap unit Panigale Final Edition dan tidak ada had untuk berapa unit yang akan dihasilkan.

Ekzos Akrapovic menggunakan titanium dan sangat ringan sementara warna tricolor itu ialah warna khas yang akan digunakan oleh dua pelumba SBk Ducati.

  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…