Dubai Police bakal guna Tesla Cybertruck di kawasan pelancong

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sebuah pasukan yang terkenal dengan duit yang banyak dan barisan supercar yang boleh dibanggakan, Dubai Police nampaknya tidak teragak-agak untuk menambah sebuah lagi kenderaan baharu untuk dijadikan sebagai jentera peronda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah sebuah supercar, bukan sebuah hypercar, akan tetapi sebuah trak pikap yang memiliki keupayaan setanding dengan supercar - Tesla Cybertruck!

Dalam satu hantaran di laman sosial Twitter, Dubai Police menggambarkan Tesla Cybertruck yang dilayangkan dengan liveri serba hijau ikonik pasukan polis termahal di dunia itu. 

Walaupun dikatakan ia bakal menyertai Dubai Police pada tahun 2020, hakikatnya produksi trak pikap Tesla tersebut tidak akan bermula sehingga akhir tahun 2021. 

Manakala model high-end dengan tiga motor elektrik pula bakal diproduksikan lewat tahun 2022. 

Arabian Business telah menemuramah Ketua Polis Dubai Abdullah Khalifa Al-Marri yang menyebut trak pikap Cybertruck ini akan ditugaskan sebagai kereta peronda di kawasan yang mempunyai daya tarikan pelancong. 

Tidak mustahil juga jika kita mengatakan Dubai Police merupakan salah sebuah pihak daripada 250,000 tempahan yang berjaya meletakkan deposit untuk mendapatkan Tesla Cybertruck.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu antara yang disuarakan oleh Gloucestershire Constabulary yang merupakan pasukan polis dengan…
Berita Global
Seperti contoh, Volkswagen ID.4 yang digunakan di Greece, Mercedes EQC di Jerman, Chevrolet Bolt di…
Berita Global
Terdapat 15 buah kenderaan yang dipamerkan, termasuklah Mercedes EQC yang telah diberikan layangan…