Dua warna baharu untuk Honda City, Accord - Meteoroid Gray Metallic, Ignite Red Metallic

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini membawakan pilihan warna baharu untuk dua buah model sedan, iaitu Honda City dan juga Honda Accord.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model ini kini boleh dilayangkan dengan warna Meteoroid Gray Metallic bagi menggantikan Modern Steel Metallic, sementara warna Ignite Red Metallic kini tersedia untuk model City bagi menggantikan warna Passion Red Pearl.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "Warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic pertama kali diperkenalkan pada model City Hatchback, dan kedua-dua warna ini mendapat sambutan yang menggalakkan, diikuti dengan model Civic baharu.

"Untuk mengujakan lagi pasaran, kami kini menawarkan warna baharu itu yang mampu menghidupkan lagi penggayaan model City dan profil anggun Accord.

Semenjak dilancarkan, Honda City telah berjaya terjual sebanyak lebih 32,500 unit, sementara sedan segmen D Honda Accord pula mencapai angka jualan sebanyak 2,200 unit.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…