Mengikut pertuduhan, Phatcharee didakwa memiliki bahan kawalan berjadual itu sebanyak 60 liter yang ditemui dalam tangki diubah suai di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.45 pagi ketika operasi SJR di Durian Burung pada 27 Julai lalu.
Abdulloh pula didakwa memiliki petrol sebanyak 100 liter dalam sebuah kenderaan lain yang turut diubah suai pada waktu, tarikh dan lokasi sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1061 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan ke atas Phatcharee dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Mohd Hilmi Abu Hassan sementara bagi Abdulloh oleh Mohd Sayuti Ismayatim.
Hakim Noor Zaihan kemudian menetapkan 4 September ini sebagai tarikh sebutan semula selain wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh yang juga diarahkan melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.
Kedua-dua tertuduh kemudian membayar wang jaminan yang dikenakan dengan dua penjamin warga tempatan.