Dua unit pertama JAECOO J7 AWD mendarat di Malaysia, pelancaran tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Jaecoo Malaysia dalam satu siaran media mengumumkan kemunculan dua unit pertama model SUV JAECOO J7 AWD versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di tanah air Malaysia.

Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Difahamkan, dua unit pertama itu akan menjalani ujian terlebih dahulu untuk menilai piawaian prestasi dan keselamatan, selain digunakan untuk sesi pratonton eksklusif kepada wakil pengedar dah dan pelabur berpotensi.
 

j7


Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, JAECOO merupakan salah satu jenama baharu di bawah Chery yang bakal bertapak di Malaysia menjelang tahun hadapan.

Mengikut spesifikasi ringkas, JAECOO J7 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,500 mm, lebar 1,865 mm, tinggi 1,680 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.
 

j7


Dengan penawaran saiz sedemikian, JAECOO J7 bakal bersaing secara terus dengan model-model SUV segmen C, seperti Proton X70, Honda CR-V dan juga Mazda CX-5.

Ia dikuasakan enjin 1.6 liter turbo dengan janaan kuasa 183 hp dan 275 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
 

j7


Ciri lain termasuklah kelengkapan ADAS Tahap 2.5+, skrin infohibur sebesar 14.8 inci, sistem audio Sony, serta sistem pendingin hawa automatik dua zon.

Jaecoo Malaysia kini sedang membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk menjadi wakil pengedar sah menjelang pengenalan model pertama pada tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Naib Presidennya, Emily Lek, penjenamaan semula ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap…
Pelancaran
Kini dipasarkan di bawah jenama Jaecoo, Omoda C9 hadir sebagai SUV Coupe off-road dengan ciri…
Model Terbaharu
Hadir sebagai SUV segmen D, Omoda C9 memiliki dimensi 1,671mm tinggi, 1,920 mm lebar, 4,775 mm…