Dua tentera cedera kereta jatuh gaung

oleh Hamimah Hamid|
DUA anggota tentera cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam hampir lima meter di Batu 13, Jalan Tapah-Cameron Highlands.

Kedua-dua mangsa berusia 23 dan 28 tahun terbabit tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Nadzri Che Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi dan sepasukan 12 anggota bomba diatur gerakkan ke lokasi kejadian.

 

"Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

 

Menurut beliau, pemandu kereta berusia 28 tahun mengalami patah kaki kiri manakala rakannya patah tangan kiri.

 

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tapah dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

 

"Pasukan mengambil masa sekitar 40 minit untuk menaikkan mangsa dengan menggunakan teknik penyelamatan tali," katanya