Dua suspek langgar polis hingga parah ditahan

oleh Hamimah Hamid|
SUSPEK yang terlibat merempuh anggota polis sehingga cedera parah ketika sedang menjalankan rondaan cegah jenayah petang semalam telah dikenalpasti dan ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, kedua-dua suspek yang merupakan seorang lelaki dan perempuan tempatan itu
akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk proses permohonan reman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Yahaya, suspek yang berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan hari ini hasil maklumat orang awam.

 

"Hasil ujan saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC.

 

"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 17 rekod jenayah dan narkotik pelbagai kesalahan, manakala suspek perempuan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah," katanya 

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang semalam seorang anggota polis cedera parah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor,l.

 

Pegawai rendah polis berusia 34 tahun itu yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.