Dua sedan baharu Proton menjelang 2021 dan 2022 - pengganti Persona?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran Proton Saga malam tadi, dalam masa yang sama Proton turut mempersembahkan pelan perancangan pelancaran produk-produk baharu dalam jangka masa lima tahun akan datang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Jika sebelum ini Proton sudah pun melancarkan SUV pertama mereka, Proton X70, tahun ini ia bakal disertai dengan sebuah lagi SUV segmen B yang kita gelar sebagai Proton X50 - daripada Geely Binyue. 

Kelibat model ujian Proton X50 juga kini semakin kerap dilihat di jalan raya Malaysia, menandakan Proton kini giat mengutip informasi dan data pemanduan SUV baharu itu. 
 


Namun, menjelang tahun 2021, entah kenapa model baharu yang bakal diperkenalkan bukanlah sebuah MPV pengganti Exora, sebaliknya dua buah sedan!

Kelibat dua buah sedan baharu yang bakal dilancarkan dalam masa dua tahun berturut-turut menandakan Proton akan menggantikan penawaran sedan sedia ada. 

Tiga model yang terlintas dalam fikiran adalah Preve yang sudah terlalu lama di pasaran, Persona yang bakal menghampiri kitaran lima tahun dan juga sedan di dalam segmen D, Perdana. 

Ini bermakna, dua daripada tiga model di atas bakal menerima penggantinya dalam masa beberapa tahun lagi. 
 


Sebelum ini kami pernah menyiarkan berita sumber dalaman yang menyebut Geely sudah pun menyiapkan pengganti bagi model Persona/Iriz yang sudah ternyata tua dan ketinggalan dari segi  penawaran teknologi. 

Dan model yang dicadangkan tersebut adalah Geely Binrui yang dibangunkan berdasarkan platform modular B-segmen Modular Architecture (BMA), pelantar yang sama digunakan untuk model Geely Binyue (Proton X50).

Platform ini sangat universal dan boleh digunakan bagi membangunkan sedan daripada segmen B (jarak antara roda sependek 2,550 mm) sehinggalah kepada segmen C (jarak antara roda 2,700 mm).
 


Ia juga membolehkan Proton memuatkan pelbagai jenis trenkuasa tersedia daripada Geely seperti enjin turbo 1.0 liter dan 1.5 liter, serta trenkuasa hibrid seperti kereta elektrik hibrid (HEV), Plug-in Hybrid (PHEV) dan Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV). 

Malah, platform BMA mampu untuk memuatkan pelbagai teknologi pemanduan terkini termasuklah ciri swapandu Tahap Kedua dan Tahap Ketiga (SAE Level 2 & Level 3).

Walau apapun, kita tunggu dan lihat bagaimana langkah Proton (dengan bantuan daripada Geely) dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di pasaran domestik. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen terbaharu ini menggalakkan pemilik untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang…
Berita Domestik
Berdasarkan maklumat daripada rakan media kami, Funtasticko, boleh dikatakan kesemua nama tersebut…
Berita Domestik
Pakej istimewa yang sah hingga 31 Disember 2019 ini menyediakan pembiayaan sehingga 100% bagi…