Dua pesawat terhempas, lima terbunuh di banjaran Alps

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lima orang terbunuh apabila sebuah glider atau pesawat terbang luncur dan sebuah pesawat ringan terhempas di banjaran Alps, Switzerland pada hujung minggu, kata polis pada hari Isnin lalu.


Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang juruterbang bersama tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak menaiki pesawat ringan itu sebelum terhempas, menurut kenyataan polis.


Polis berkata, kesemua mereka terbunuh dalam kejadian itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bangkai pesawat berkenaan ditemui pada Ahad ditemui selepas pekerja penyelamat mahu mencari bangkai sebuah pesawat terbang luncur itu yang terhempas di kawasan berdekatan yang menyebabkan juruterbangnya turut terbunuh.

 

Menurut AFP, pesawat terbang luncur itu terhempas kira-kira satu kilometer dari tempat pesawat ringan itu terhempas.

 

Ia ditemui pada ketinggian 2,700 meter di atas kawasan kampung Bivio.
 

Cuaca buruk telah menyukarkan pekerja penyelamat untuk tiba di lokasi pesawat terbang luncur itu terhempas selepas menerima panggilan kecemasan pada Sabtu lalu.

 

Proses mengenal identiti mangsa-mangsa masih dilakukan.

 

Pihak berkuasa itu berkata, Lembaga Siasatan Pengangkutan Awam Switzerland sedang menyiasat punca yang menyebabkan pesawat terbang luncur dan pesawat ringan itu terhempas.

 

 

 

- Agensi