Dua pesawat 'berlanggar' di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Dua pesawat penumpang milik syarikat penerbangan tambang murah iaitu FlyDubai dan Gulf Air bertembung di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai awal pagi semalam.


Namun, pihak berkuasa memaklumkan insiden itu tidak menyebabkan kecederaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut FlyDubai, satu daripada pesawat Boeing 737-800s miliknya bertembung dengan kapal terbang Gulf Air ketika membuat persediaan untuk terbang ke Kyrgyztan.

 

Selepas insiden itu, penumpang pesawat terbabit dipindahkan dan kemudiannya berlepas ke Kyrgyztan menggunakan kapal terbang lain.

 

“FlyDubai akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden tersebut,” jelas kenyataan itu sambil memaklumkan pesawat berkenaan mengalami kerosakan di bahagian sayap.

 

Dalam pada itu, Gulf Air pula menyatakan insiden itu tersebut menyebabkan ekor pesawatnya terjejas.

 
Penumpang pesawat Gulf Air ketika itu bersiap sedia untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain di Manama.
 

Selain itu, pihak berkuasa lapangan terbang Dubai memberitahu, insiden itu menyebabkan dua landasan terpaksa ditutup selama dua jam, namun tidak menjejaskan jadual penerbangan lain.

 

gulf air

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Berita Domestik
Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft…