Dua pengedar Nissan didenda $500k kerana mengamalkan pengiklanan palsu, pembelian paksa

oleh Mohamad Hanif|
Akibat mengamalkan pengiklanan palsu serta pembelian paksa kepada para pelanggan, dua pengedar Nissan di Amerika Syarikat telah diarahkan untuk membayar denda sebanyak $500,000 (RM2.1 juta).
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Pengedar ABC Nissan dan Pinnacle Nissan di Arizona dilaporkan mengiklankan harga jualan pada harga yang jauh lebih rendah, dan kemudian memaksa pelanggan untuk menambah ciri-ciri opsyen yang mampu meningkatkan lagi harga jualan kenderaan tersebut.

Malah, ada pelanggan yang memberitahu mereka dipaksa untuk menambah beberapa aksesori seperti filem pelindung luaran, pelindung bucu pintu, cawan pada pintu, filem tinta tingkap, atau pengisian nitrogen pada tayar, menurut kenyataan daripada Arizona Attorney General.

Lebih menyedihkan apabila pengedar tersebut didapati enggan menjual kenderaan sekiranya pelanggan tersebut tidak mahu membeli kenderaan tanpa penambahan aksesori yang telah ditetapkan.

Syarikat Pinnacle Nissan perlu membayar ganti rugi sebanyak $305,000 kepada pelanggan, dan $50,000 sebagai penalti.

Manakala ABC Nissan pula perlu membayar sejumlah $100,000 kepada pelanggan, $25,000 penalti sivil, dan $25,000 lagi untuk kos dan yuran guaman.

Kedua-dua pengedar tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dan keputusan penghakiman masih lagi tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

Sumber: Arizona Attorney General

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, kesemua outlet Fast Bikes termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota…
Berita Domestik
MHD yang baru diumumkan itu terletak di Kota Kinabalu dan mempunyai 20 ruang penyelenggaraan seluas…