Dua pelumba tempatan jalani latihan di Yamaha VR46 Master Camp di Itali

oleh HEZERI SAMSURI|
Yamaha Motor Company Limited akan menghantar dua pelumba motosikal tempatan untuk menjalani latihan di Yamaha VR46 Master Camp dengan bantuan VR46 Riders Academy milik pelumba lagenda Valentino Rossi.

Edisi keenam kem latihan itu akan melihat pelatih melalui sesi pembelajaran di Rossi's Motor Ranch di Itali dan juga di Litar Lumba Misano World Circuit Marco Simoncelli.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pelatih akan menggunakan motosikal Yamaha YZ250F di atas flat-track dan kemudian menunggang Yamaha YZF-R3 di litar Misano.

Mereka juga akan menggunakan motosikal Yamaha YZ85 di litar gokart Misanino KCE.

Dua pelatih dari Malaysia ialah:


 

 

Muhammad Aiman Tahiruddin
Umur: 16 tahun (tahun lahir 2001)
Pencapaian
2018 - Tempat ketiga Kejuaraan Superbike Malaysia dalam Kategori Terbuka 250cc (pusingan kedua)
2017 - Pemenang Kejuaraan Superbike Malaysia dalam Kategori Terbuka 250cc
2017 - Juara Petronas AAM Malaysian Cubprix Wira

 

 

Nazirul Izzat Muhammad Bahauddin
Umur: 18 tahun (tahun lahir 2000)
Pencapaian
2018 - Tempat keenam dalam Kejuaraan Petronas AAM Malaysian Cubprix CP 115 (pusingan kelima)
2017 - Tempat kelima Petronas AAM Malaysian Cubprix CP 115

Turut serta dalam latihan ialah Shota Yokoyama, 16 tahun, dari Jepun dan Muhammad Faerozi Toreqottullah, 15 tahun dari Indonesia.

Latihan akan bermula pada 12 hingga 16 September ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…