Dua pelumba muda Idemitsu Boon Siew Honda sahut cabaran berentap di kelas AP250

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Idemitsu Lubricants Malaysia sekali lagi menjalinkan kerjasama dalam melahirkan generasi ketiga pelumba motosikal negara bertaraf dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebahagian daripada perancangan besar itu, dua syarikat yang dimaksudkan telah menubuhkan sebuah pasukan baharu, Idemitsu Boon Siew Honda Racing yang akan bertanding di dalam kelas Asia Production 250cc, FIM Asia Road Racing Championship.

Pasukan baharu ini akan beraksi dalam musim penuh 2020, namun bagi menguji keupayaan dan kemampuan sedia ada, pasukan ini membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan keenam untuk musim 2019 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. 
 


Menurut Keiichi Yasuda, CEO Boon Siew Honda Sdn Bhd berkata, "kelas AP250 pada ketika ini banyak didominasi oleh pelumba Indonesia dan Thailand, namun kita tahu dengan keupayaan sebenar pelumba negara, mereka seharusnya memberikan cabaran yang sengit untuk menguasai setiap perlumbaan. 

"Dengan menubuhkan pasukan kilang tersendiri di dalam kelas ini, kami mahu menyahut cabaran untuk mengubah keseimbangan penguasaan di dalam kategori popular ini," tambah beliau lagi.
 


Pasukan Team Idemitsu Boon Siew Honda akan menampilkan dua pelumba muda, iaitu Muhammad Syarifuddin Azman, 18 tahun dan Muhammad Idlan Haqimi Raduan, 15 tahun yang diberikan kepercayaan mengendalikan jentera Honda CBR250RR.

Syarifuddin sebelum ini harum namanya di dalam kejuaraan Yamaha PETRONAS Super Series (2016) dan baru-baru ini memenangi gelaran Wira 2018 bersama-sama pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing. 

manakala Idlan Hakimi pula menempa nama menerusi perlumbaan Honda One Make Challenge 2018.