Dua negeri dari India bincang untuk Tesla buat pelaburan

oleh HEZERI SAMSURI|
Maharashtra, sebuah negeri di barat India dengan ibukota popularnya, Mumbai menjemput syarikat kenderaan elektrik (EV) paling glamor, Tesla untuk melabur di negeri itu.

Menurut ciapan Twitter menteri pelancongannya, Aaditya Thackeray, beliau dan menteri industri negeri Subhash Desai telah mengadakan mesyuarat video dengan pasukan Tesla hari Khamis lepas untuk membincangkan kemungkinan syarikat US itu membuat pelaburan di negeri tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aaidtya percaya EV adalah pengangkutan masa hadapan dan negeri itu mahu komited dengan polisi-polisi EV agar wujud perkembangan sejajar yang mapan.

September lalu, Tesla sudah berbincang dengan kerajaan negeri Karnataka untuk mendirikan sebuah pusat Pembangunan dan Penyelidikan di Bengaluru. 

Kelab Tesla di India juga percaya Tesla akan mula hadir secara rasmi di India seawal Januari 2021.

Nampaknya semua negara dengan secara terbuka mahu menjemput Tesla untuk melabur di tempat masing-masing.

* Berita penuh di Economic Times India

 


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Global
Vincente dan Fernanda, yang dikenali sebagai Vuelta Al Mundo En Moto (Around The World By Motorbike…