Dua maut, tujuh cedera dalam kemalangan libatkan enam kenderaan di Putrajaya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dua orang dilaporkan maut, sementara tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Persiaran Utara, Putrajaya pagi tadi.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12, di mana ia melibatkan dua buah lori, dua buah kereta dan dua buah motosikal.

 

2

 

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.”

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…