Dua maut dan tiga terselamat selepas jet peribadi terhempas, rempuh kereta

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah jet peribadi dinaiki lima orang penumpang terhempas di Interstate 75 berhampiran Naples, di pantai barat daya Florida.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, pihak berkuasa memaklumkan nahas itu menyebabkan jet bertembung dengan sebuah kenderaan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban.

Menerusi perkongsian rakaman kejadian di media sosial, pesawat itu dilihat dijilat api dan diselebungi asap selepas terhempas di tengah jalan raya yang sibuk dan seterusnya terhenti di dinding penahan pinggir jalan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dalam satu kenyataan berkata pesawat perniagaan Bombardier Challenger 600, yang berlepas dari Ohio, sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Naples apabila juruterbangnya memaklumkan kedua-dua enjin turbo kenderaan itu telah gagal.

Jurucakap Pejabat Sheriff Daerah Collier berkata, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, tetapi tidak dimaklumkan sama ada kematian melibatkan penumpang di dalam pesawat atau di dalam kenderaan yang dilanggar.

Video di bawah:

 

Agensi

 

Berita Berkenaan

Informasi
Hampir semua pemain bola sepak dunia pasti memiliki kereta atau motosikal mewah sebagai kenderaan…
Berita Global
Sama seperti saudara empat rodanya di jalan raya, HondaJet juga sebenarnya merupakan pesawat jet…
Berita Global
Jadikan sebuah limousin yang sah untuk digunakan di atas jalan raya.