Dua lokasi dalam Malaysia antara 5 destinasi paling puas hati menurut pengguna Waze

oleh HEZERI SAMSURI|
Indeks Tahunan Kepuasan Pemandu kali ketiga menunjukan dua destinasi (metros) di dalam Malaysia termasuk di dalam lima destinasi terbaik untuk wilayah Asia Pasifik.

Menurut kajian tersebut, Melaka Tengah dan Larut/Matang di Perak mendapat tempat keempat dan kelima di dalam carta tersebut.

Tiga tempat teratas adalah lokasi-lokasi di Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Indeks Kepuasan Pemandu Waze menganalisa pengalaman pemanduan dari jutaan pengguna Waze yang aktif di 39 negara dan 217 destinasi untuk mencatat skor daro 10 (paling puas hati) ke 1 (paling tidak seronok).

Malaysia berada di tangga 21 dalam indeks dunia itu.

 

Walaupun Waze mempunyai lebih dari 90 jutaa pengguna aktif setiap bulan di dalam lebih dari 186 negara, Waze memilih untuk memberikan fokus kepada negara-negara dan destinasi-destinasi yang mempunyai lebih dari 40,000 pengguna aktif sebulan supaya data diterima lebih tepat dan mampu dijadikan perbandingan yang lebih adil.

Indeks Kepuasan Pemandu Waze mengambil kira enam ukuran kualitatif dan kuantitatif:

  1. Trafik
  2. Keselamatan
  3. Perkhidmatan untuk pemandu
  4. Keadaan jalanraya
  5. Sosio ekonomi
  6. Mesra Waze

Di bawah ialah jaduan kedudukan negara-negara Asia Pasifik dan juga kedudukan destinasi di dalam Malaysia.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Waze, ajukan di dalam laman FB kami dan kami akan bawakan kepada Waze Malaysia untuk jawapannya.

Di bawah ialah indeks global Kepuasan Pemandu Waze.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…