"Kira-kira jam 8.45 malam 22 Mei lalu, pihak polis menerima satu laporan berkaitan kehilangan 4X4 jenis Ford Ranger ketika dipandu uji bagi proses jual beli di Gemencheh.
"Dalam kejadian ini, suspek dikatakan menghubungi pengadu dan menyatakan ingin bertemu untuk pandu uji kerana ingin membeli 4X4 yang diiklankan pengadu melalui Facebook.
"Suspek bersama rakannya dipercayai datang ke tempat mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun untuk memandu uji kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Amiruddien berkata, selepas selesai proses pandu uji, pengadu dikatakan turun dari kenderaan itu sebelum suspek bertindak memecut dengan laju dan melarikan kenderaan terbabit.
"Butir-butir kenderaan yang dilarikan adalah jenis Ford Ranger 2.0L (Raptor) bernombor pendaftaran VEP 8787 dan berwarna hitam. Anggaran kerugian dialami RM100,000.
"Suspek dua lelaki yang menaiki kereta jenis Mini Cooper Cross berwarna gelap dengan nombor pendaftaran VLQ 1366. Hasil semakan mendapati nombor berkenaan adalah palsu," katanya.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini mohon tampil membantu siasatan dengan menghubungi Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin di talian hotline 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Thread, kenderaan yang dilarikan juga dikatakan merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika memecut melarikan diri sehingga MPV itu berpusing-pusing dan terbabas ke bahu jalan.