Katanya, penutupan itu bermula Rabu, 29 Mac hingga 29 April dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.
“Sehubungan itu, papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya dan pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.
“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai),” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penutupan jalan selama sebulan akan menyukarkan pergerakan masyarakat setempat terutamanya di akhir Ramadan untuk keluar mendapatkan keperluan Hari Raya Aidilfitri.
“Kita berharap agar penutupan jalan itu dapat ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.
- kegagalan membuat perancangan yang betul -
