Dua lagi stesen minyak tanpa subsidi bakal dibuka dalam tempoh enam bulan - KPDN

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyasarkan pembukaan dua lagi stesen minyak tanpa subsidi di sempadan negara dalam tempoh enam bulan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan Bernama, ia bagi membolehkan kenderaan pendaftaran asing mendapatkan bekalan petrol dan diesel tanpa subsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata dua stesen minyak petrol dan diesel tanpa subsidi yang telah beroperasi di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, tetap mendapat sambutan baik walaupun menjual bekalan minyak lebih mahal daripada harga bersubsidi.

"Minggu lepas bila saya berada di Padang Besar harga minyak RON95 pada pagi itu RM3.35 tapi harga di Thailand RM5.25 (minyak yang sama), maknanya beza itu masih besar, tapi tiada masalah kereta-kereta dari Thailand bila masuk negara kita mereka boleh beli minyak tanpa subsidi," katanya.

Dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini, Salahuddin berkata beliau menyatakan dalam nota Kabinet untuk meneroka stesen minyak tanpa subsidi di sempadan negara yang terletak di sebelah timur dan selatan.

"Mungkin lebih banyak stesen ini dapat kita buat di Johor Bahru kerana harga minyak kita dengan Singapura masih lagi beza jauh," katanya.

Ketika melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, katanya, mereka turut membincangkan tentang kemungkinan beberapa bandar di sempadan Indonesia yang boleh dibina stesen minyak tanpa subsidi.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Domestik
Stesen minyak tersebut terletak di laluan utama antara Nilai-KLIA, di mana ia merupakan stesen…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman…