Dua kapal dagang berlanggar di perairan timur laut Tanjung Balau

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari Maritiam
Dua buah kapal dagang dilaporkan berlanggar pada kedudukan 25 batu nautika timur laut, Tanjung Balau, Kota Tinggi, pagi Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi.

Susulan itu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat).
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kemalangan membabitkan kapal MT HAFNIANILE dengan MT CERES 1.

“Maritim Malaysia telah menubuhkan Pangkalan Hadapan carilamat (PHC) di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian” katanya dalam satu kenyataan ringkas, pada Jumaat.

Maritime Rescue Sub Center (MRSC) juga jelasnya telah mengaturgerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari MaritimbMalaysia, KD GEMPITA dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian bagi tujuan carilamat.

Katanya, aset Maritim Malaysia, bot PERKASA 29 telah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.50 pagi.

“Kita juga telah memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai kemalangan itu sebagai langkah awal berdepan berlaku tumpahan minyak.

Sementara itu pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar MaritimeBase (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran” ujarnya.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata kejadian pada pukul 4.18 pagi itu berlaku di kedudukan 11.7 batu nautika barat…
Berita Global
Malah, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha pada Oktober tahun lalu turut mengarahkan kajian…