Dua jurutera Goodyear maut dalam kemalangan di Litar Nürburgring

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengendali Litar Neraka Hijau, pada Khamis lalu dilaporkan berkata dua pemandu maut selepas tercampak keluar dari kereta semasa sesi pandu uji di litar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Litar Nürburgring berkata, "Kenderaan yang mengambil bahagian dalam pandu uji mengalami kemalangan di bahagian Tiergarten,"

Menurut kenyataan dari Litar Nürburgring, kru kecemasan telah bertindak balas terhadap nahas itu tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan dua orang yang terlibat.

Berikutan kejadian itu, pihak litar telah membatalkan semua sesi pemanduan trek untuk orang awam di bahagian Nordschleife yang boleh diakses secara umum.

 

2

 

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Rhineland-Palatinate, Jerman barat, di mana terletaknya Nürburgring, berkata kereta itu sedang diuji secara komersial semasa ia kemalangan.

Dalam masa yang sama, pengeluar tayar jenama Goodyear telah mengesahkan pada Khamis bahawa dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut bekerja untuk syarikat itu di Luxembourg.

Pihak polis telah melancarkan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut, sehingga kini masih tiada petunjuk awal tentang apa yang telah berlaku.

 

Sumber: DW

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…