Orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir bagi mengelak sebarang risiko.
Menurut notis makluman itu, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti membuat kawalan lalu lintas di kedua-dua laluan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.
"Laluan berkenaan hanya dibuka bagi kegunaan kenderaan berat sahaja buat sementara waktu. Kenderaan ringan dinasihatkan menggunakan jalan alternatif laluan Bandar Mas-Lok Heng melalui FELDA Sungai Mas.
"Pengguna jalan raya yang memasuki laluan Bandar Penawar-Tanjung Balau dari persimpangan lampu isyarat E22 pula akan dilencongkan keluar melalui Jalan Kenanga, Taman Sri Penawar," menurut kenyataan itu.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap berterusan tahap bahaya di seluruh negeri Johor membabitkan semua 10 daerah, sejak pagi Jumaat.