Dua hero selesaikan banjir kilat Jalan Genting Klang

oleh Mohamad Hanif|
Dua lelaki dilabel 'hero' apabila berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat yang mengganggu aliran trafik di Jalan Genting Kelang. di sini semalam.
Modenas

Tindakan kedua-duanya itu ternyata mendatangkan hasil apabila memudahkan pengguna jalan raya bergerak ke destinasi masing-masing.

Menerusi satu rakaman video dimuat naik pelayar Twitter, @datininaz, memaparkan dua lelaki sedang membuka lapan penutup lubang saliran longkang bagi memudahkan kadar aliran air terus ke longkang, sekali gus mengurangkan air bertakung di atas jalan raya.

"Hujan lebat, banjir teruk kat Jalan Genting Kelang, banyak kereta sangkut, jadi 'my boys' turun dan tengok apa boleh buat.

"Kalau 'korang' macam terfikir apa yang mereka buat nak selesaikan banjir ni, ini apa yang mereka lakukan dengan membuka lapan lubang sepanjang jalan yang banjir. Tak fikir dah kotor ke jijik," ciapnya.

Katanya, sejurus membuka lapan penutup lubang itu, keadaan banjir kilat di kawasan tersebut kembali surut seperti sedia kala.

 

Sumber: Sinar Harian 

Add new comment