Dua gerabak LRT berlanggar - punca disyaki kegagalan sistem

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua gerabak LRT dilaporkan berlanggar secara berhadapan di laluan berhampiran stesen Kampung Baru jam 8.45 pm malam tadi, laluan menghala ke Stesen KLCC.

Menurut laporan-laporan awal yang diterima, gerabak TR40 dari arah Gombak yang dipandu secara automatik tanpa operator berlanggar dengan gerabak TR81 yang dipandu secara manual dan datang dari arah Stesen Kampung Baharu. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemandu gerabak TR81 dikatakan tidak menerima signal bahawa ada gerabak lain yang datang dari arah bertentangan. 

Seramai lebih dari 200 penumpang berada di dalam gerabak TR40 dari arah Gombak sementara gerabak TR81 hanya mempunyai pemandu sahaja kerana gerabak tersebut dilaporkan rosak.

Laporan dari pihak polis melalui siaran langsung Bernama TV berkata gerabak TR81 tidak sepatutnya berada di dalam laluan itu.

Seramai 47 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kesemua penumpang berjaya dikeluarkan sebelum jam 10.00 malam tadi.

Azhar Ghazali, Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media untuk Prasarana berkata pihak mereka masih mengumpul laporan lengkap berkaitan punca kemalangan dan juga status penumpang-penumpang.

Beliau juga berkata Menteri Pengangkutan  Datuk Seri Wee Ka Siong akan membuat sidang media di Stesen Ampang untuk menerangkan secara lengkap kejadian tersebut.

Dari gambar-gambar yang Careta terima, gerabak terbabit mengalami kerosakan seperti cermin pecah, panel tercabut dan penumpang-penumpang yang cedera.

Lagi laporan apabila informasi lebih lengkap diterima.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…