Dua beradik maut motosikal langgar belakang lori di KM257.4 PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Dua beradik maut selepas motosikal yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 257.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian itu dikenali sebagai Mohd. Husaini Amir Harun, 29, yang merupakan penunggang motosikal dan adiknya yang juga pembonceng, Muhammad Amirul Syafiq Harun, 25.

Kedua-dua mereka menurut beliau beralamat di Kuala Terengganu, Terengganu.

Jelas Nanda, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.05 pagi apabila sebuah lori jenis Hino membawa muatan makanan haiwan yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun seorang diri sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu dari arah Pulau Pinang menuju ke arah Melaka.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 29 tahun bersama seorang pembonceng lelaki berumur 25 tahun dari arah lorong kecemasan telah mengubah haluan masuk ke lorong kiri dan melanggar bahagian belakang lori tersebut.

“Akibat perlanggaran, kedua-dua mangsa penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan yang hadir di lokasi kemalangan. Pemandu lori pula tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau. kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk pengendalian bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…