Dua beradik kemalangan dengan lori milik agensi penyelamat menang saman RM1.12 juta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dua beradik yatim piatu yang mengalami kecederaan teruk selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori milik sebuah agensi penyelamat di Jalan Pantai Damak, Bachok pada Jun 2022 diputuskan menerima pampasan keseluruhan sebanyak RM1.12 juta.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Ahmad Bazli Badruddin pada 9 Januari lalu setelah bukti yang dikemukakan oleh plaintif dan meneliti serta menimbangkan keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan dan hujahan kedua belah pihak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, defendan perlu bertanggungjawab penuh dan membayar ganti rugi kepada kedua-dua plaintif iaitu Awangku Syaiful Nizam Awangku Maidin, 26, dan adiknya Awangku Syakil Daniel, 19.

Peguam yang mewakili kedua-dua plaintif, Nor Anis Hisham berkata, mahkamah memutuskan defendan perlu membayar ganti rugi am dan khas kepada kedua-dua anak guamnya.

“Kemalangan yang berlaku tersebut telah mengakibatkan kesakitan dan kesengsaraan kepada kedua-dua plaintif.

"Plaintif pertama telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan manakala plaintif kedua mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paha dan lain-lain kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Awangku Syaiful Nizam dan adiknya memfailkan saman terhadap anggota dan ketua pengarah sebuah agensi penyelamat serta kerajaan Malaysia pada Jun 2022 melalui Tetuan Kuay & Partners.

Naimi Syahira Mohamad selaku peguam Persekutuan mewakili defendan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…