Dua bas Hino Poncho ZEV MARALINER mula operasi di Langkawi September ini

oleh Mohamad Hanif|
Majlis Amanah Rakyat (MARA) baru-baru ini telah menerima dua unit bas elektrik Poncho ZEV daripada Hino Motors.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Kedua-dua bas tersebut akan digunakan di beberapa laluan terpilih di Pulau Langkawi dalam tempoh dua tahun sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) kerajaan Malaysia di dalam sektor pengangkutan.

Hino Poncho ZEV akan mula beroperasi pada September tahun ini untuk menjalani ujian kesesuaian dengan keadaan jalan dan cuaca di sini.

Bas kecil ini mampu memuatkan sehingga 11 tempat duduk dan menampung sehingga 32 orang penumpang pada satu-satu masa.

Ia sangat mesra pengguna disebabkan oleh saiznya yang kecil dan tidak terlalu tinggi memudahkan urusan penumpang naik dan turun.

Hino Poncho ZEV dikuasakan oleh motor elektrik dengan output maksimum 161 kW (216 hp), dipadankan dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 105 kWh yang menyokong pengecasan pantas CHAdeMO.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52, secara tidak langsung…
Berita Domestik
Kerjasama strategik antara HINO dan MARA ini bertujuan untuk membangunkan tenaga mahir tempatan…
Informasi
  Katanya, ekosistem lengkap Mara dalam membangunkan industri automotif bermula dengan pendidikan…