Dua anggota polis Texas disiasat berlumba drag guna kereta peronda!

oleh Mohamad Hanif|
Dua orang pegawai polis cawangan Dallas County, Texas disiasat atas kesalahan berlumba drag menggunakan kenderaan MPV ketika bertugas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aksi kedua-dua anggota tersebut dikesan menerusi satu rakaman video yang memaparkan dua buah Dodge Charger berlumba di atas drag strip Yello Belly, Grand Prairie, Texas.

Menurut kenyataan daripada Dallas County Sheriff's Office, mereka hanya mengetahui insiden tersebut menerusi video yang dimuatnaik ke dalam media sosial.

Tatkala tindakan kedua-dua anggota polis tersebut tidak disenangi oleh pihak atasan, lain pula halnya di mana ia menerima reaksi yang positif daripada komuniti yang terlibat.

Menurut salah seorang daripada peserta, "kami melihat kejadian ini sebagai sebuah tanda positif berdasarkan apa yang sedang berlaku di negara ini, dan kami tidak fikir ia akan menjadi satu perkara yang baik apabila kedua-duanya dihukum atas kesalahan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai, di mana salah seorang daripada…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dalam kejadian…
Berita Domestik
  "Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati…