DTC Motors hadiahkan sebuah Mini Cooper S Clubman kepada Bell Ngasri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Sinar Harian
Sebentar tadi, Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri telah menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper S Clubman bernilai RM200,000 tajaan syarikat DTC Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta tersebut diserahkan kepada Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, 43, oleh penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin yang disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors Sdn Bhd, Afendy Wahid.

Jika anda mengikuti perkembangan ABPBH beberapa tahun sebelum ini, pemenang bagi Anugerah Bintang Paling Popular pasti akan menerima hadiah utama berupa sebuah kereta.

Namun hadiah tahun ini mengecewakan ramai pihak terutama peminat Bell yang sudah bertungkus-lumus untuk membolehkan dia memenangi anugerah pertamanya sepanjang 37 tahun bergelar anak seni.

 

2

 

Bell yang cukup sinonim dengan watak Barkoba itu mengakui tidak pernah menyangka mendapat hadiah berupa sebuah kereta mewah.

Bell berkata, “Saya tidak tahu nak cakap apa kerana tidak pernah mendapat hadiah semewah ini. Apa pun jenis kereta yang diberikan saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka kerana ia tetap penghargaan buat saya.

“Kalau diberikan kereta Kancil pun saya sudah rasa seronok, tetapi hari ini mereka bagi saya kereta ini (Mini Cooper)."

"Saya sangat suka kereta ini kerana ia menepati cita rasa dan merupakan kereta idaman saya dan isteri. Syukur alhamdulillah."

Tambah Bell, kejayaan yang diperoleh itu sangat bermakna buatnya sebagai anak seni, apatah lagi melihat sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat dan seluruh rakyat Malaysia.

 

Sumber: Sinar Harian