DS X E-Tense - Kereta konsep dan ilusi optik

oleh Mohamad Hanif|
DS hadir dengan sebuah kereta konsep yang agak.. Pelik.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dinamakan sebagai DS X E-Tense, kereta konsep ini direka dengan rekaan yang tidak seimbang di samping penggunaan hiasan yang tampak seperti kapal angkasa makhluk asing.
 


Tipikal kereta yang dibangunkan untuk tujuan kelajuan, DS X E-Tense dibina menggunakan casis monocoque berasaskan gentian serat karbon dan menggunakan dua motor elektrik yang terletak di bahagian roda hadapan (ya betul, roda hadapan).

Dua motor elektrik itu mampu menghasilkan sejumlah 536 kuasa kuda di dalam mod pemanduan yang biasa dan jumlah itu mampu digandakan kepada 1,341 kuasa kuda di dalam mod circuit/track

Teknologi rahsia yang digunakan oleh DS membolehkan struktur badan kembali kepada sediakala selepas sesuatu pelanggaran terjadi.

Setakat ini pihak DS enggan mendedahkan rahsia di sebalik teknologi rahsia itu. 
 


Dan perkara berikutnya tambah membingungkan kerana seperti di awal artikel, kereta ini dibina dengan simetri yang tidak seimbang.

Ruang kokpit pemandu terletak di bahagian kiri kereta dengan rekaan tunggal terbuka dan sebuah windshield kecil disertakan di bahagian hadapan pemandu. 

Manakala bagi tempat duduk penumpang, ia terletak di bahagian kanan kenderaan, namun jaraknya agak sedikit ke belakang dengan bumbung jenis bubble-top

Konfigurasi ini boleh diubah untuk penambahan seorang lagi penumpang di bahagian kanan kenderaan. 

Tiada sebarang skrin sentuh disertakan kerana pemandu dan penumpang akan dibantu menggunakan bantuan personal holografi bagi mengendalikan fungsi di dalam kereta. 

 


DS X E-Tense ini mempunyai penapis udara beraroma terbina dalam yang boleh melegakan perasaan penumpang ketika menikmati pemanduan biasa mahupun pemanduan autonomi. 

Lantai kenderaan pula diperbuat daripada kaca, dan ini membolehkan penumpang mempunyai dua pilihan sama ada menikmati pandangan persekitaran sebelum menyediakan masa membuang muntah melalui pandangan jalan menerusi lantai kaca.  

Menurut DS, konsep X E-Tense ini berkemungkinan besar bakal membuat kemunculan awal menerusi layar perak. 

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…