DS akan hanya jadi jenama EV mulai 2024

oleh HEZERI SAMSURI|
Semakin banyak jenama yang bertukar kepada EV sahaja, dan DS, jenama mewah untuk Citroen adalah yang terbaharu untuk menyertai kelab tersebut.

DS sebenarnya sudah mula menjual kenderaan dengan varian elektrifikasi sejak tahun 2019 lagi tetapi pengumuman berani ini akan mengubah terus fokus dan haluan DS.

Ia akan melancarkan model EV terbaharu dari jumpulan Stellantis dengan menggunakan platform STLA Medium dan dijangka mempunyai jarak perjalanan 700km untuk sekali caj.

Di Malaysia, jenama Citroen dan DS sudah tidak lagi mempunyai pengedar selepas Bermaz Auto Alliance mengambil alih Peugeot dari Naza.

Namun begitu, pemilik Citroen dan DS di Malaysia masih boleh menerima khidmat selepas jualan dari Bermaz kerana ia memegang hak untuk membawa masuk alatganti dan servis kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…
Berita Global
  31 peratus daripada mereka yang mengalami tekanan mengakui bahawa ini menjejaskan keupayaan…
Berita Domestik
Ia juga menggambarkan titik permulaan baharu Peugeot di Malaysia di bawah BAA. Pusat servis itu…