Dron industri - tak sama macam dron anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan dron semakin popular semenjak lima tahun kebelakangan ini, terutama apabila selepas wujudnya dron-dron hobi yang mampu milik dari harga ratusan ringgit yang boleh dibeli secara atas talian.

Ia semakin popular di kalangan pengguna profesional kerana harganya sudah menurun. Dahulu, sebuah dron boleh berharga sehingga puluhan ribu ringgit dan ia cuma mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat besar,  sekarang ini, harga dron semi profesional sudah menurun dengan cukup banyak (walaupun ada yang mampu mencecah sehingga RM30,000).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penggunaan dron masih lebih banyak berfokus kepada penghasilan visual dari udara, walaupun ia mampu melakukan perkara lain seperti mengangkat kargo ringan atau mengambil sampel udara, air dan sebagainya.

Di bawah ialah sedikit informasi mengenai dron industri yang digunakan oleh profesional dan pelbagai industri lain.

 

 

1. Dron khusus untuk industri - lain dari untuk model konsumer untuk marhaen

  • Dron yang biasa kita lihat adalah lebih untuk hobi atau tugasan semi-profesional.
  • Untuk jenama popular seperti Da-Jiang Innovations (DJI), model Matrice 300 RTK yang direka khusus untuk penggunaan industri berharga hampir RM40,000.
  • Ia mampu terbang sehingga 500 mete dari aras bumi dengan kipas standard (dibataskan oleh pengeluar) tetapi ketinggian operasi yang dibenarkan di Malaysia hanyalah 100 meter.
  • Model Matrice 300 RTK digunakan di seluruh dunia oleh badan-badan pengaman dan industri-industri untuk tujuan memantau dan pelbagai lagi.
  • Ia tidak dijual di kedai, tetapi perlu ditempah dan harganya bermula dari serendah US$10,000 (lebih kurang RM41,700).
  • Harga itu adalah harga asas dan tidak termasuk aksesori lain seperti bateri berkapasiti tinggi, sensor-sensor, kamera pengimbas suhu untuk visual malam dan pelbagai lagi.
  • Kos-kos dengan aksesori boleh menyebabkan harganya meningkat berkali-kali ganda.
  • Dron berkipas untuk tujuan pemantauan digunakan untuk melihat keadaan kabel elektrik bercaj tinggi (power line), infrastruktur telekomunikasi, landasan keretapi (di India), lebuhraya (di Jepun), empangan, pelabuhan dan sebagainya.

 

 

2. Dron sahaja tidak mencukupi untuk tujuan pantauan

  • Dron sahaja tidak akan mencukupi kerana ia memerlukan tugas satu pasukan. Operasi dron selalunya memerlukan satu pasukan dengan dua kakitangan  di lokasi.
  • Untuk pemantauan selama 24 jam, ia memerlukan dua atau tiga pasukan yang bergilir-gilir. 
  • Pemantauan sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan sistem merekodkan apa yang dipantau secara masa nyata (real time).
  • Sistem pemantauan masa nyata memerlukan pusat operasi yang mesti dijaga oleh kakitangan selama 24 jam.

 

 

3. Kenapa guna dron berkipas? Kenapa bukan pesawat UAV?

  • Sebenarnya, dron juga adalah sebuah UAV (Unmanned Aerial Vehicle), dan dron yang sering dikenali oleh orang ramai ialah dron berkipas.
  • Dron dengan sayap (fixed-wing drone) juga wujud tetapi ia mempunyai fungsi yang berlainan.
  • Perbezaan paling ketara ialah dron fixed-wing tidak boleh terbang setempat (hover), dan ini menyukarkan kerja-kerja pemantauan untuk kawasan yang kecil.
  • Ia juga tidak boleh terbang rendah, dan jika ia hendak mengambil video yang fokus pada satu kawasan aktiviti, ia terpaksa terbang tinggi dan berpusing di kawasan yang sama dan akan dikesan oleh orang ramai.
  • Dron berkipas mampu terbang 100 meter dan terapung dengan senyap sambil mengintip menggunakan kamera dengan kebolehan zoom 200X, menyukarkan orang ramai mengesan lokasinya. 
  • Dron fixed-wing pula lebih sesuai untuk menjaga sempadan atau perairan negara kerana ia berkemampuan untuk terbang jauh dan selalunya digunakan oleh pihak tentera kerana ketinggian operasi dan landasan kapal terbang yang diperlukan.

 

 

4. Pelanggan tidak membeli dron sebenarnya

  • Syarikat-syarikat yang yang menggunakan operasi dron ini sebenarnya tidak membeli dron sendiri.
  • Apa yang dilakukan ialah ia menggunakan khidmat syarikat-syarikat operator yang mempunyai kelengkapan dan kepakaran dalam perkhidmatan dron.
  • Ini lebih efektif dari segi kos kerana kos penyelenggaraan dan pengurusan pekerja tidak termaktub di bawah syarikat itu.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…