DRIVE4PAUL hujung minggu ini - penampilan khas Cody Walker!

oleh Mohamad Hanif|
Tourism Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi antara penganjur Retro Havoc dan Reach Out Worldwide (ROWW) bagi menganjurkan acara amal DRIVE4PAUL bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada 12 Oktober 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penganjuran ROWW di Malaysia menggunakan platform Retro Havoc yang kini memasuki tahun penganjuran keenam semenjak ia diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2014

Tahun ini, Retro Havoc menjemput ROWW dan Cody Walker - adik kepada pelakon terkenal Fast & Furious Paul Walker - untuk menyertai acara amal DRIVE4PAUL. 

Segala tiket penyertaan, jualan, yuran pendaftaran, barangan serta makanan dan minuman akan disalurkan secara terus kepada ROWW. 

Buat mereka yang tidak mengetahui, ROWW merupakan syarikat bukan berasaskan keuntungan yang berdaftar di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh mendiang Paul Walker bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia. 

 


Acara ini akan menampilkan pertunjukan kereta dan automotif yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2019 serta menampilkan konvoi ke Litar Antarabangsa Sepang pada 12 Oktober 2019, dan trip ke Pulau Langkawi. 

Lebih daripada 420 buah kenderaan klasik dan vintaj akan dipamerkan kepada umum dan yuran kemasukan adalah RM10 sahaja. 

Antara kereta yang bakal dipamerkan termasuklah beberapa unit replika daripada filem Fast & Furious seperti Nissan Skyline GT-R R34, Ford Escort Mk1, Subaru Impreza, dan banyak lagi.

Sidang media yang berlangsung siang tadi turut dihadiri oleh pengasas Retro Havoc, Alie Kuoppa, Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof; CEO Institut Automotif Robotik dan IOT Malaysia, Dato' Madani Sahari; dan penampilan khas Cody Walker mewakili ROWW.