Drifter Ken Gushi tunjuk cara kendali GR Corolla

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, GR Corolla merupakan antara hot hatch yang paling hangat diperkatakan, terutama di Amerika Syarikat yang tidak langsung mendapat peluang untuk membeli GR Yaris.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan angka produksi yang agak terhad untuk tahun pertama (6,500 unit sahaja), GR Corolla juga membawakan angka output yang jauh lebih tinggi berbanding GR Yaris, iaitu 300 hp dan 270 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda GR-Four dan transmisi manual enam nisbah kelajuan.
 

GR Corolla


Laman web AutoGuide.com berjaya menampilkan pelumba Formula Drift, Ken Gushi di sebalik roda stereng GR Corolla ini bagi menunjukkan kepada anda semua teknik pengendalian jentera pacuan semua roda ini terutama di atas litar lumba dan juga jalan off-road ringan.

Dalam video tersebut, Ken Gushi menerangkan teknik-teknik pengendalian seperti brek, mengambil selekoh serta menunjukkan perbezaan yang ketara respons kereta di atas jalan tar berbanding pengendaliannya di atas laluan bertanah.
 

GR Corolla


Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Sumber: AutoGuide.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…