'Drift' naik Genting Highlands, pemandu BMW ditahan, kereta disita

oleh Penyumbang Rencana|
foto tangkap layar video
Pemandu kereta BMW yang dikesan memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi 'drift' dipercayai ketika perjalanan menuju Genting Highlands baru-baru ini ditahan polis pada Jumaat.

Penahanan lelaki berusia 29 tahun itu susulan video aksinya yang tular di platform Tiktok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek ditahan ketika hadir ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 11 pagi.

"Pihak polis turut menyita kereta jenis BMW 325I digunakan untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah," katanya.

Zaiham berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata, usaha mengesan lelaki itu dilakukan susulan video berdurasi 14 saat aksi memandu secara berbahaya di jalan naik ke Genting Highlands yang dikesan Isnin lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati, sebuah kenderaan jenis BMW 325I dipandu secara berbahaya dengan aksi 'drift' di laluan berselekoh menuju ke pusat peranginan tersebut," katanya.

Sementara itu, Zaiham menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas ditetapkan.

Video tular di sini

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan…
Berita Domestik
Menurutnya, semakan mendapati suspek memiliki 34 rekod jenayah lampau dan hasil saringan air…
Berita Domestik
"Video tular berkenaan memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di…