Dreamshop, PolicyStreet lancar pembelian insurans secara ansuran tanpa faedah

oleh Mohamad Hanif|
Platform e-dagang Dreamshop.com.my bekerjasama dengan PolicyStreet melancarkan penawaran pelan pembayaran insurans kereta tanpa faedah pertama di pasaran menerusi 10 bank utama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi platform tersebut, pemilik kenderaan di Malaysia boleh membuat perbandingan harga daripada 10 syarikat insurans, melakukan pembelian, serta membuat pembaharuan insurans kenderaan dari mana sahaja.

Menurut Yen Ming Lee, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.com berkata, "kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans yang lebih mudah dan berpatutan. Dengan Dreamshop, kami kini membolehkan pelanggan membeli insurans dengan pembayaran ansuran.

"Kerjasama ini dilihat tepat pada masanya kerana kita kini berada di fasa pemulihan pandemik COVID-19 dan kami ingin meringankan beban kewangan buat pelanggan kami yang terkesan.

10 polisi insurans komprehensif yang tersedia di Dreamshop.com.my ialah:

  1. AXA Affin General Insurance Berhad
  2. Berjaya Sompo Insurance Bhd
  3. Tune Protect Group Berhad
  4. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  5. Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
  6. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  7. MSIG Insurance Berhad
  8. RHB Insurance Berhad
  9. Zurich General Insurance Malaysia Berhad
  10. Etiqa General Takaful Berhad

10 bank yang menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran 0% termasuklah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Pemilik kenderaan persendirian boleh memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans dalam tempoh 24 jam, selain membuat pembaharuan cukai jalan sebagai perkhidmatan tambahan pada kadar rata, dan salinan fizikal akan dihantar kepada pelanggan.

Berikut merupakan tempoh pembayaran yang dikenakan:

Bank

Tempoh Pembayaran / Pegangan

Maybank

6 atau 12 bulan

HSBC

6 atau 12 bulan

OCBC Bank

6 atau 12 bulan

Hong Leong Bank

6 atau 12 bulan

Public Bank

6, 12, 24 atau 36 bulan

AmBank

6, 12, 24 atau 36 bulan

RHB Bank

6, 12, 24 atau 36 bulan

CIMB Bank

6 atau 12 bulan

UOB Bank

Akan Datang sehingga 12 bulan

Standard Chartered Bank

6, 12, 24 atau 36 bulan

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…