Dreamshop, CIMB tawar ansuran 60 bulan tanpa faedah untuk motosikal Aprilia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Platform E-Dagang, Dreamshop dengan kerjasama CIMB bank mengumumkan pemilikan motosikal Aprilia terbaharu dengan menawarkan pelan pembayaran mudah 0% tanpa faedah sehingga 60 bulan khas buat peminat Aprilia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Aprilia merupakan model motosikal yang ketiga dibawah kategori automotif yang bersama dengan Dreamshop selepas Vespa dan Royal Enfield sejak Oktober tahun lepas. 
 

Aprilia


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin, pelanggan Dreamshop boleh membeli model motosikal Aprilia dengan menikmati tawaran istimewa ini menerusi kad kredit CIMB Bank dan bersama meraikan PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA.

Model Aprilia yang tersedia di Dreamshop adalah seperti berikut:
1.    Aprilia SG RT 200 @ Harga serendah RM362 sebulan 
2.    Aprilia SG RT 200 Sport @ Harga serendah RM380 sebulan
3.    Aprilia RS660 @ Harga serendah RM1,270 sebulan
(Harga di atas berdasarkan pelan Mudah Bayar CIMB 0% sehingga 60 bulan)

Aprilia SR GT turut mengambil bahagian dalam PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA di Litar Antarabangsa Sepang pada 21-23 Oktober 2022.
 

Aprilia


Peminat Aprilia yang memegang kad CIMB Bank juga boleh menikmati harga promosi acara tersebut dengan harga RM499 (harga asal RM699) termasuk:
•    3 hari pass masuk berserta 2 hari di Grandstand (22-23 Oktober 2022)
•    Parking motosikal eksklusif Aprilia
•    Door Gift bernilai RM300
•    Makanan dan minuman disediakan (Ahad)

Promosi ini akan berlangsung hingga 17 Oktober 2022 dengan pembelian pass tiket di www.dreamshop.com.my beserta diskaun 10 peratus untuk setiap pembelian cenderamata eksklusif Aprilia Moto GP semasa acara ini berlangsung.
 

Dreamshop


Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain daripada itu, VPCM turut menawarkan pelan pembayaran ansuran mudah di mana pemilik yang…
Informasi
  Lebih memeritkan, terdapat pemilik kedai menjual motosikal di negeri ini yang berdepan kerugian…
Berita Domestik
  "Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam sudah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan…