DreamEDGE - syarikat di sebalik projek kereta nasional terbaharu (NNC)

oleh Mohamad Hanif|
Awal pagi tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengumumkan syarikat DreamEDGE sebagai peneraju projek kereta nasional ketiga (NNC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Bumiputera yang berpengkalan di Cyberjaya itu turut dilaporkan menerima sokongan teknologi termaju daripada sebuah syarikat Jepun terkemuka, iaitu Daihatsu Motor Company. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kami sediakan beberapa maklumat berkenaan DreamEDGE:


Apa itu DreamEDGE?

sumber gambar: FMT

DreamEDGE merupakan sebuah syarikat yang pakar di dalam bidang konsultansi dan perkhidmatan kejuruteraan digital yang ditubuhkan pada tahun 2007. 

Mempunyai kira-kira 150 orang pekerja, DreamEDGE turut mempunyai beberapa lokasi pejabat seperti:

  • HQ di iTECH Tower, Cyberjaya
  • Fabrication Centre di Bukit Jalil
  • Prototyping Centre di AutoVille, Cyberjaya
  • Human Capital Development Cenre di Taiping
  • DreamEDGE Teknologi Otomotiv di Ankara, Turkiye
  • DreamEDGE Japan Co. Ltd, Shibuya, Jepun


Siapa di sebalik DreamEDGE

Khairil Adri ketika sidang media (dua dari kiri)

Khairil Adri Adnan, seorang anak Malaysia memulakan fasa kerjayanya sebagai jurutera sistem di Digital Process Ltd, Japan (DIPRO) pada tahun 2001 setelah menghabiskan pengajian dari Polytechnic University Japan. 

Minat yang mendalam, serta sikap berani mencuba mengubah hala beliau untuk kembali ke tanah air dan memulakan DreamEDGE. 

Beliau percaya, teknologi kejuruteraan digital mempunyai masa hadapan yang sangat cerah terutama di Malaysia. 
 

DreamEDGE syarikat serba boleh!

gambar hiasan. sumber imej: TATA

DreamEDGE sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang serba boleh, dan berpengalaman luas dalam pelbagai portfolio perkhidmatan - dari aplikasi CAD/CAE, analisis digital, serta simulasi khusus di dalam bidang automotif, elektronik, sehinggalah kepada instrumen dalam bidang perubatan.

Malah, DreamEDGE turut memiliki pengalaman yang meluas di dalam bidang automotif apabila pernah dilantik oleh pengeluar automotif OEM Tier 1 Jepun untuk pembangunan 3D, dan juga pembangunan model tempatan yang dikhususkan untuk pasaran Eropah

Antara inovasi yang dibawakan termasuklah pembangunan produk pengangkutan sifar emisi (Zero Emission Transport, ZET) seperti:

  • ZET Low Speed EV (LSEV)
  • ZET eCOM-8 Shuttle
  • ZET Becha
  • ZET 3 Wheeler
  • ZET ATV

 


Info tambahan berkenaan New National Car (NNC)

 

  • Memandangkan ia merupakan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta, tidak dinyatakan jumlah sebenar pelaburan yang dilakukan, namun secara kasarnya, nilainya mampu mencecah ratusan juta Ringgit Malaysia. 

 

  • NNC mempunyai tempoh masa selama 18 bulan untuk menghasilkan model pertama mereka, sebuah sedan segmen B+. 

 

  • Mengikut garis masa yang dicadangkan, sebuah model mock-up akan diperkenalkan pada hujung bulan ini, manakala prototaip rasmi pula akan dipamerkan pada tahun hadapan. 

 

  • Jangkaan model pertama yang masih tidak diberikan nama ini akan dilancarkan pada Mac 2021.

 

  • Fokus NNC akan ditumpukan kepada kenderaan yang memiliki Advanced ICE seperti sistem trenkuasa hibrid, namun yang paling penting adalah model berteknologi tinggi dan dalam masa yang sama mampu milik.

 

 

  • Bermula dengan sebuah model sedan segmen B+, NCC juga akan turut memperluaskan lagi penawaran produk mereka untuk segmentasi kenderaan lain, termasuklah SUV

 

  • Sebagai sebuah rakan teknologi, Daihatsu Motor Company akan memberikan sokongan dan perkongsian teknologi di dalam beberapa aspek, seperti penyediaan platform kenderaan dan juga pembangunan enjin. 

 

  • Kaedah pengeluaran pula akan menggunakan ciri pemasangan berdasarkan kontrak (contract manufacturing) di mana NNC akan menggunakan kemudahan pemasangan sedia ada di Malaysia. 

 

  • Walaupun begitu, lokasi dan fasiliti mana yang akan digunakan akan diumumkan kelak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Tambahnya lagi, projek yang dikendalikan oleh syarikat DreamEdge itu tidak akan dihentikan…