Dream Edge jawab serangan politik

oleh HEZERI SAMSURI|
Posting media sosial sering menjadi medan peperangan ahli politik, terutama mereka yang tidak lagi berjawatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peneraju syarikat kenderaan ketiga nasional, Dream Edge menjadi mangsa serangan politik selepas pengumuman semalam. 

 

Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden MCA semalam menuduh Venture Tech Sdn Bhd, syarikat milik penuh MIGHT (agensi kerajaan) sebagai pemegang saham terbesar Dream Edge.

 

CEO Dream Edge, Khairil Adri Adnan terus menjawab tuduhan tersebut melalui Facebook Page rasmi Dream Edge.

 

Menurut Adri, Venture Tech (yang dikenali sebagai A-Bio Sdn Bhd sebelum ini) hanya memiliki 10 peratus saham Dream Edge sejak tahun 2017. 

 

Venture Tech juga tidak mempunyai wakil di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat Dream Edge. 

 

Adri juga menerangkan proses Due Dilligence yang lengkap telah dilakukan dalam tahun 2016 ketika Venture Tech mahu membeli saham tersebut. 

 

“Kami sudah mempunyai dana dari pelabur persendirian untuk projek Kenderaan Nasional Baharu ini. Dream Edge juga telah mendapat teknologi yang sepatutnya untuk menjayakan projek tersebut,” terang Adri lagi.

 

“Seramai 150 warga Malaysia yang bekerja di Dream Edge sedang bertungkus lumus bekerja untuk menjayakan projek ini. Harap isu ini jangan dipolitikkan,” katanya. 

 

Dream Edge ialah syarikat milik penuh bumiputra dan rakan kongsi teknologi mereka untuk program ini ialah Daihatsu Japan.

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Nismo? Sebut sahaja Nismo mesti semua dah terbayang-bayang Nissan GT-R.   Nismo sebenarnya…