DRB-HICOM UNIVERSITY RAIKAN LEBIH 500 GRADUAN DI ISTIADAT KONVOKESYEN KE-8

oleh Firdaus Razani|
Institusi Pengajian Tinggi, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DRBHU) baru-baru ini meraikan kecemerlangan akademik dan kejayaan 524 pelajar di Istiadat Konvokesyen ke-8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis istiadat konvokesyen gilang-gemilang tersebut telah berlangsung di Dewan Canselor Sultan Haji Ahmad Shah, DRBHU di Pekan, Pahang.

 

drb-hicom

 

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Syed Faisal Albar, telah menyempurnakan sidang pertama di sebelah pagi, manakala Naib Canselor Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar Osman telah menyempurnakan sidang kedua di sebelah petang.

Upacara Konvokesyen ke-8 menyaksikan penganugerahan tiga graduan Doktor Falsafah, sementara 16 siswazah menerima Ijazah Sarjana dan 187 graduan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda.

Selain itu, 107 graduan menerima Diploma, 16 graduan Program Asasi, 161 Program Profesional, dan 34 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia.

 

drb-hicom

 

Pada majlis tersebut, Abdullah Hakim Roslan, graduan Sarjana Muda Pengurusan Perbankan dan Kewangan Islam dengan kepujian yang memperoleh CGPA 3.99, dianugerahkan dengan Anugerah Canselor.

Ia berikutan pencapaian luar biasa beliau dalam bidang akademik dan juga kualiti kepimpinannya yang dinamik serta penglibatan aktif dalam kokurikulum.

Sementara itu, Anugerah Pengerusi pula telah dianugerahkan kepada Mohamad Aliff Iskandar Nahar, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang mencapai CGPA 3.98.

Manakala Anugerah Naib Canselor telah dianugerahkan kepada Affandy Abdul Wahab, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

dalam bidang Pembuatan Komposit Aeroangkasa, yang mencapai kecemerlangan akademik dengan CGPA 3.97.

Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar mengumumkan bahawa DRBHU telah mencapai sasaran akreditasi sistem penarafan SETARA Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ia berikutan kejayaan memperolehi anugerah kategori BERDAYA SAING, iaitu anugerah tertinggi di kalangan institusi pengajian tinggi.

 

drb-hicom

 

Beliau mengesahkan perkara tersebut dalam ucapan "Kejayaan ini mencerminkan dedikasi fakulti, kakitangan, dan pelajar universiti, serta menempatkan DRBHU dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia"

Beliau menambah bahawa 93 peratus daripada kumpulan pelajar tahun 2023 telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai industri.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa DRBHU telah mengurniakan ijazah kepada kumpulan pertama, 24 graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dalam Pembuatan Komposit Aeroangkasa.

Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar juga mengumumkan bahawa DRBHU sedang merangka program-program akademik baharu seiring dengan keperluan terkini pasaran kerja seperti teknologi EV, sumber tenaga baharu, fintech, elektronik dan semikonduktor, kenderaan tanpa pemandu, dan teknologi kejuruteraan aeroangkasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Terdapat satu kategori utama pertandingan ini dan dua kategori tambahan yang dipertandingkan…
Berita Global
"Terima kasih kepada pihak kerajaan dan jurulatih kerana sentiasa memberi sokongan padu kepada saya…