DRB-Hicom University muncul johan pertandingan Wordskills Malaysia 2018

oleh Mohamad Hanif|
DRB-HICOM University of Automotive Malaysia baru-baru ini telah merangkul juara dalam pertandingan WorldSkills Malaysia bagi Kategori Belia (Teknologi Automobil), apabila pelajarnya, Simon Wong Tian Bing, telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DRB-HICOM University akan mewakili Malaysia pada Pertandingan WorldSkill Peringkat Asia dan Negara.

Simon Wong Tian Bing, pelajar tahun empat Diploma Teknologi Automotif akan mewakili Malaysia dalam pertandingan WorldSkill Asia 2018 di Abu Dhabi pada bulan November ini.

Menurut Simon tugasan pada peringkat akhir Pertandingan WorldSkill Malaysia tersebut agak mencabar namun dia berjaya menyempurnakan semua tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah dan jurulatih yang membimbing dan menyokong saya sepanjang tempoh pertandingan. Ternyata latihan secara berterusan yang merangkumi aspek kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan kreatif banyak membantu dalam meningkatkan kemahiran saya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa pertandingan tersebut”
 


Setiap peserta diberikan masa tiga jam untuk melengkapkan enam tugasan yang merangkumi sistem elektronik kereta, penalaan enjin, sistem brek, sistem penyerap hentak, jajaran tayar, transmisi automatik serta sistem mekanikal enjin. 

Pertandingan ini telah berlangsung di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Lebih membanggakan apabila Anugerah Tangan Emas telah disampaikan olehPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Simon.

DRB-HICOM University memenangi tempat pertama dan kedua bagi Kategori Terbuka.
Pada hari yang sama, dua kumpulan daripada DRB-HICOM University telah muncul sebagai juara dalam kategori terbuka Pertandingan WorldSkill Malaysia.

Daripada 10 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut, Muhammad Arif Zakaria, Muhammad Shahizan Rosli dan Muhamad Hafiz Jasman telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut manakala tempat kedua pula jatuh kepada kumpulan junior yang diwakili oleh Safril Samad, Megat Izzat Haikal Megat Abdullah dan Aisyah Shahira Jefree.

Pemenang tempat pertama telah berjaya membawa pulang RM 2,000 manakala tempat kedua pula RM 1,500.
 


Setiap kumpulan diberi masa selama tiga jam untuk melengkapkan tiga tugasan merangkumi bahagian “engine overhaul” dan “brakes and suspension”.

Setiap kumpulan perlu meleraikan komponen-komponen injin, mengukur dan mengenalpasti masalah yang terdapat pada setiap komponen dan seterusnya memasang semula komponen-komponen tersebut dalam masa yang ditetapkan

Pertandingan WorldSkills Malaysia ini merupakan pertandingan kemahiran tahunan. Ianya bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran dan potensi yang tinggi.
 


Kejayaan yang dicapai oleh DRB-HICOM University ini sememangnya membuktikan komitmen dan kejayaan University dalam melahirkan pelajar kelas pertama dari sudut pengetahuan dan kemahiran dalam industri automotif.

DRB-HICOM University sentiasa percaya dalam mengenal pasti, memupuk dan membangunkan bakat pelajar, ini selaras dengan aspirasi negara ke arah mewujudkan modal insan bagi Revolusi Industri 4.0.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tempat kedua pula dimenangi oleh Scrumptious Food Car yang dibangunkan menggunakan Proton Saga…
Berita Domestik
PD3C adalah pertandingan automotif pertama yang menampilkan unsur kreatif dan inovatif yang…
Uncategorized
Unit yang disumbangkan itu dilengkapi enjin Common Rail terkini untuk kegunaan akademik para…