DRB-Hicom lancar tiga trak Tata

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dalam usaha untuk menambahkan lagi produk-produk untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan, DRB-Hicom telah melancarkan tiga trak komersil Tata yang baharu.

Menggunakan teknologi modern yang terbukti lasak, produk-produk Tata Motors membuktikan mengapa ia mendapat tempat ke-10 dalam tangga pembuatan kenderaan komersial dunia.

 

 

Tata Super Ace (RM46,990)

Trak 1 tan khusus untuk mengangkut muatan dalam bandar atau antara bandar, ia dijana oleh enjin diesel 1,405 cc.

Kuasa maksimum ialah 70 PS dan kadar tork ialah 135 Nm. Tranmisis pula ialah 5-kelajuan manual dengan halaju yang dihadkan kepada 125 kmsj.

Produk ini direka untuk peniaga-peniaga baharu dan mengambil kira jumlah pelaburan awal yang seringkali tidak begitu besar.

Menurut Tata, Super Ace mencerminkan pemahaman yang mendalam oleh syarikat India itu terhadap pasaran dan pengguna.

Sejak dilancarkan dalam tahun 2005, sudah lebih dari sejuta unit dijual di 28 negara. Tata sendiri menggelarkan trak ini Super Cute kerana menurut mereka, ia direka dengan gaya urban dan nampak modern. 

 

 

Tata Ultra 814 (RM86,990)

Trak muatan 4.5 tan dengan pilihan badan setinggi 5.5 meter, ia dijana dengan enjin generasi terbaharu 3.0L CRDI diesel dengan transmisi 6-kelajuan manual model G-550.

Kuasa maksimum ialah 140 PS dan tork pula ialah 390 Nm. 

Berat dengan muatan Tata Ultra 814 ini ialah 7.5 tan dan ia sesuai untuk pelanggan yang memerlukan sebuah trak yang fleksibel kerana Ultra 814 boleh dipasang dengan pelbagai pilihan badan.

 

 

Tata Ultra 1014 (RM97,990)

Trak 10,400 kg (Berat Dengan Muatan) ini dijana oleh enjin 3.0L diesel yang sama seperti model Ultra 814.

Transmisi 6-kelajuan manual juga ialah dari unit yang sama dan menggunakan selongsong dari jenis aluminium.

Ultra 1014 sangat sesuai sebagai trak penghantar barang, samada jauh atau dekat.

Jarak roda yang lebih panjang, iaitu 4,530 mm  menjamin pelbagai jenis badan untuk dipadankan dengan Tata ini.


Tata Motors mempunyai 24 cawangan di seluruh negara dan ini memudahkan operasi servis dan juga bantuan perkhidmatan selepas jualan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, Gentari telah menandatangani MoU…
Berita Global
Bercakap mengenai perkongsian terbaharu ini, CEP PETRONAS Lubricants India, Pranav Bhanage berkata…
Berita Global
Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini, namun ia dikatakan bakal bersaing dengan model-model…